Zakat Anda
Diasaskan sebagai satu inisiatif digital bagi membantu urusan kutipan dan agihan zakat, platform ini berperanan sebagai Pembantu Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat secara atas talian dengan lebih yakin, telus dan efisien
Penjelasan nisab 85 gram emas, iaitu ditetapkan pada RM35,449.00 oleh Lembaga Zakat Selangor untuk Julai sehingga Disember 2025.
Kadar zakat hanyalah 2.5% untuk kebanyakan zakat.
Untuk tanaman pula sebanyak 5-10%.
Untuk tanaman pula sebanyak 5-10%.
Ianya bermaksud cukup tempoh setahun.
Zakat Fitrah tidak perlu tunggu haul.
Zakat Fitrah tidak perlu tunggu haul.
Anda disarankan membuat pembayaran zakat melalui Lembaga Zakat Selangor yang akan memastikan duit zakat tersebut disalurkan dengan betul kepada 8 asnaf yang berhak.
Kaedahnya ialah melihat kepada baki terendah dan cukup haul serta lebih dari nisab tahunan. Ambil hanya 2.5% dari baki tersebut.
Di negeri Selangor, fatwa berkenaan zakat pendapatan telah diwartakan pada 9hb Mei 2002 bahawa:
(1) Hukum zakat pendapatan adalah wajib ke atas umat Islam.
(2) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat Zakat Selangor.
Zakat pendapatan adalah zakat yang dikenakan terhadap semua jenis pendapatan termasuk upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekala yang dihimpunkan jumlahnya pada tahun tersebut bermula daripada awal tahun sehingga akhir tahun.
Kewajipan untuk membayar zakat pendapatan adalah apabila pendapatan tahunan melebihi jumlah nisab. Sekiranya pendaptan tahunan tidak melebihi nisab, maka tidak menjadi kewajipan untuk membayar zakat pendapatan.

Kaedah Pembayaran zakat KWSP adalah seperti berikut: (i) Apabila menerima wang KWSP, seseorang hendaklah menunggu setahun bagi mencukupi haul barulah dikeluarkan zakat 2.5%; atau (ii) Apabila menerima wang KWSP, seseorang bolehlah terus mengeluarkan zakat 2.5% tanpa menunggu tempoh setahun kerana dikhuatiri wang tersebut akan berkurangan dari segi nisabnya yang tidak wajib dikenakan zakat lagi.
Zakat emas perhiasan ini hanya perlu dibayar sekiranya pemakaian melebihi sekali dalam setahun dan melebihi nilai uruf emas setempat iaitu 800g bagi Kuala Lumpur dan Selangor
Formula pengiraan adalah seperti di bawah:
Berat emas dipakai – Berat Uruf x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
Formula pengiraan adalah seperti di bawah:
Berat emas dipakai – Berat Uruf x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat