MASIV.MY
Solidariti Masyarakat Sivil
TEMA 1 : PERHIMPUNAN ANTI-GENOSID GAZA & ARAKAN
Perhimpunan ini bertujuan menyatukan suara masyarakat sivil Malaysia bagi membantah kekejaman, penganiayaan dan tindakan yang didakwa melibatkan jenayah genosid Junta Myanmar dan genosid yang berlaku di Gaza dengan harapan semua pelarian dapat pulang ke negara asal.
Perhimpunan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), khususnya dalam memastikan negara yang terikat dengan Konvensyen Genosid 1948 menghormati tanggungjawab undang-undang antarabangsa.
MASIV membawa mesej bahawa jenayah genosid yang menyebabkan krisis pelarian di seluruh dunia perlu di tangani dengan penyelesaian kepada keamanan sejagat berdasarkan lunas undang-undang samaada dalam negara dan juga antarabangsa.
Perhimpunan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), khususnya dalam memastikan negara yang terikat dengan Konvensyen Genosid 1948 menghormati tanggungjawab undang-undang antarabang

Tarikh: Ahad, 15 November 2026.
Masa: 5.00 petang hingga 10.00 malam.
Lokasi: Padang Merbok, Kuala Lumpur, Malaysia.
Perhimpunan ini menggabungkan penerangan undang-undang antarabangsa, demonstrasi aman, pembentangan memorandum & penyerahan, pengisian kerohanian dan tayangan dokumentari.

MASIV berpandangan bahawa penderitaan masyarakat awam di Gaza dan etnik Rohingya di Arakan perlu diberikan perhatian berterusan oleh masyarakat antarabangsa.
Kedua-dua isu mempunyai proses perundangan berkaitan Konvensyen Genosid di ICJ, walaupun fakta, pihak yang terlibat dan kedudukan prosiding masing-masing adalah berbeza.
Melalui perhimpunan bersama ini, MASIV mahu menegaskan bahawa jenayah genosid perlu di adili dengan seadilnya supaya krisis pelarian dapat di selesaikan

MASIV menjadikan tiga tuntutan utama yang selaras dengan permohonan Gambia di ICJ sebagai teras advokasinya:
1. Pengiktirafan hak kewarganegaraan penuh Rohingya di Myanmar. Mendesak pembatalan Burma Citiezenship Law 1982, supaya etnik Rohingya di iktiraf semula sebagai warganegara untuk mendapat hak mereka pulang ke negara asal.
2. Laluan selamat untuk kepulangan pelarian Rohingya ke Myanmar. Menuntut jaminan kepulangan yang selamat, sukarela, bermaruah dan berkekalan ke tempat asal mereka, tanpa ancaman keganasan, penganiayaan atau pemindahan paksa.
3. Pengisytiharan tanggungjawab Myanmar terhadap genosid. Menyokong usaha mendapatkan penghakiman ICJ mengenai dakwaan pelanggaran Konvensyen Genosid oleh Myanmar, di samping menuntut pemulihan kepada mangsa dan jaminan ketidakberulangan

Pada 11 November 2019, Gambia memfailkan prosiding terhadap Myanmar di ICJ berhubung dakwaan pelanggaran Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948.
Gambia berhujah bahawa Myanmar telah melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid berhubung layanan terhadap masyarakat Rohingya.
Kes ini penting kerana ia menyentuh tanggungjawab sesebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa, bukan sekadar tanggungjawab individu yang melakukan jenayah.

Pada 23 Januari 2020, ICJ mengeluarkan perintah langkah sementara (provisional measures) terhadap Myanmar.
Antara kewajipan yang ditetapkan ialah mengambil langkah dalam kuasanya untuk mencegah perbuatan genosid terhadap Rohingya di Myanmar, memastikan pihak tentera dan pihak di bawah kawalannya tidak melakukan perbuatan yang dilarang, memelihara bukti berkaitan dakwaan genosid serta mengemukakan laporan pematuhan kepada mahkamah.
Perintah sementara ini mengikat Myanmar. Namun, perintah langkah sementara tidak boleh disamakan dengan penghakiman muktamad bahawa Myanmar telah melakukan genosid.
Perlu dijelaskan juga bahawa kepulangan selamat dan bermaruah pelarian Rohingya merupakan antara penyelesaian yang dipohon Gambia dalam kes ini.

Berdasarkan kenyataan media ICJ bertarikh 3 November 2026 yang dikongsikan bersama bahan kempen, mahkamah dijadualkan menyampaikan penghakiman kes Gambia menentang Myanmar pada Khamis, 19 November 2026, jam 10.00 pagi waktu The Hague.
Tarikh ini penting kerana keputusan tersebut dijangka memberikan penjelasan kehakiman mengenai tanggungjawab Myanmar di bawah Konvensyen Genosid.
MASIV menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghormati proses kehakiman dan meneliti keputusan tersebut berdasarkan dapatan rasmi mahkamah.
MASIV tetap komited menaruh harapan agar penghakiman ICJ menjadi titik penting dalam usaha menegakkan keadilan, memastikan Myanmar dipertanggungjawabkan serta menjamin hak dan keselamatan masyarakat Rohingya. Matlamatnya ialah membolehkan mereka kembali ke kampung halaman dan tanah air asal di Arakan dengan selamat dan bermaruah, tanpa ancaman, penindasan atau diskriminasi, serta menikmati hak kewarganegaraan penuh dan kehidupan yang aman

Sepanjang 2024, ICJ mengeluarkan beberapa perintah langkah sementara, termasuk arahan berkaitan pencegahan perbuatan yang dilarang di bawah Konvensyen Genosid dan perlindungan bantuan kemanusiaan.
Perintah-perintah ini menunjukkan peranan undang-undang antarabangsa dalam melindungi kumpulan yang berisiko mengalami kemudaratan serius.
Perintah mahkamah ICJ tersebut merupakan langkah penting dalam usaha mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin. Perintah ini menegaskan kewajipan Israel di bawah undang-undang antarabangsa untuk mencegah perbuatan yang dilarang oleh Konvensyen Genosid serta melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada ancaman terhadap nyawa dan keselamatan mereka.
MASIV berpandangan bahawa penderitaan rakyat Palestin tidak boleh terus dibiarkan tanpa pembelaan. Masyarakat antarabangsa perlu memastikan Israel mematuhi sepenuhnya perintah ICJ, menghentikan tindakan yang mengancam keselamatan orang awam serta menjamin hak rakyat Palestin untuk hidup dengan aman, bermaruah d

Program disusun berdasarkan empat pengisian utama seperti berikut:
5.00 petang — Memahami Perundangan Antarabangsa: Sesi penerangan oleh pengamal undang-undang dan aktivis mengenai kes ICJ berkaitan Gaza dan Arakan, termasuk penglibatan peguam CENTHRA seperti yang dirancang.
6.00 petang — Menyuarakan Protes: Demonstrasi aman bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman dan tuntutan supaya hak serta keselamatan masyarakat awam dilindungi.
7.00 malam — Memperkukuh Ukhuwah: Persiapan solat Maghrib berjemaah mengikut waktu solat setempat, diikuti solat hajat dan ceramah agama bagi memperkukuh persaudaraan serta nilai kemanusiaan.
Sesi malam — Pembuktian, kesedaran dan Pembetangan Memorendum: Tayangan dokumentari serta bahan video mengenai dakwaan kekejaman dan pencabulan hak asasi di Gaza dan Arakan, dengan penekanan terhadap bukti yang boleh disahkan.
Program dijangka berakhir sekitar 9.30 hingga 10.00 malam, tertakluk kepada jadual akhir penganjur.

Mesej utama MASIV ialah masyarakat sivil tidak boleh berdiam diri apabila berlaku penganiayaan, penindasan dan ancaman terhadap keselamatan manusia.
MASIV mahu membina solidariti yang berasaskan ilmu, fakta, undang-undang antarabangsa dan tindakan aman.
Perhimpunan ini turut mendesak pihak berkuasa Myanmar mematuhi kewajipan antarabangsa, menghentikan penganiayaan terhadap etnik Rohingya di Arakan dan mewujudkan keadaan yang membolehkan pelarian pulang dengan selamat serta bermaruah.
Keadilan mesti ditegakkan, hak mangsa mesti dipulihkan dan kekejaman tidak boleh dibiarkan berulang.

TEMA 2 - MENGENALI GERAKAN MASIV
MASIV bermaksud Kuasa Masyarakat Sivil, iaitu sebuah gerakan yang ditubuhkan untuk menyatukan suara dan kekuatan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia.
MASIV mahu rakyat Malaysia bersatu dan memainkan peranan lebih besar dalam mendesak pihak yang bertanggungjawab menghentikan peperangan, pembunuhan dan penindasan terhadap masyarakat yang tidak bersalah.
MASIV membawa semangat bahawa suara rakyat yang bersatu mampu membawa perubahan.

MASIV ditubuhkan untuk mengumpulkan kekuatan masyarakat Malaysia supaya isu kemanusiaan antarabangsa tidak hanya menjadi bahan perbincangan, tetapi disusuli dengan tindakan.
Melalui MASIV, masyarakat boleh bergabung untuk mengadakan perhimpunan aman, menyampaikan tuntutan kepada pihak berkuasa, mendapatkan penjelasan daripada pakar undang-undang serta mendesak kerajaan dan badan antarabangsa mengambil tindakan.
MASIV mahu memastikan suara rakyat Malaysia terus didengari apabila berlaku pembunuhan, peperangan dan penindasan terhadap masyarakat yang tidak bersalah.

VISI MASIV
Menyatukan masyarakat sivil Malaysia menjadi satu suara yang kuat dalam mendesak keamanan, menghentikan pembunuhan dan membela masyarakat yang ditindas di seluruh dunia.
MISI MASIV
Menggerakkan masyarakat Malaysia melalui perhimpunan aman, kempen kesedaran, penerangan undang-undang antarabangsa dan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bagi memastikan tuntutan rakyat sampai kepada kerajaan serta badan antarabangsa.
MASIV mahu masyarakat bukan sekadar mengetahui sesuatu isu, tetapi turut memahami apa yang sedang berlaku, siapa yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang boleh diambil.

MASIV menggunakan empat prinsip utama bagi memastikan setiap perjuangan mempunyai tujuan yang jelas:
1. Memahami Perundangan Antarabangsa — Memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai keputusan mahkamah antarabangsa, perintah ICJ dan tanggungjawab sesebuah negara apabila berlaku pembunuhan atau tindakan genosid.
2. Menyuarakan Protes — Mengadakan perhimpunan aman untuk menyampaikan bantahan rakyat serta mendesak kerajaan dan pihak yang terlibat menghentikan kekejaman dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
3. Memperkukuh Ukhuwah — Menyatukan masyarakat melalui semangat persaudaraan, solat berjemaah, solat hajat dan program keagamaan supaya hubungan sesama umat Islam terus diperkukuh dalam menghadapi isu yang melibatkan saudara seagama.
4. Membentangkan Bukti — Menayangkan dokumentari, rakaman video dan laporan yang telah disahkan bagi menunjukkan kepada masyarakat apa yang sebenarnya berlaku di kawasan konflik seperti Gaza dan Arakan.
Keempat-empat prinsip ini menjadi pandua

Tidak. MASIV ditubuhkan untuk memperjuangkan pelbagai isu kemanusiaan antarabangsa termasuk desakan hentikan jenayah genosid, bukan hanya tertumpu kepada Rohingya dan Palestin.
Isu Rohingya di Arakan dan rakyat Palestin di Gaza menjadi antara perjuangan awal MASIV kerana kedua-duanya melibatkan dakwaan genosid yang telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
MASIV akan terus memberi perhatian kepada konflik dan peperangan di negara lain yang menyebabkan masyarakat awam kehilangan nyawa, tempat tinggal dan keselamatan.
MASIV mahu rakyat Malaysia terus bersuara supaya kedaulatan negara lebih aman dan terjamin dengan krisis pelarian yang semakin tidak terkawal dapat di tangani dengan lebih berkesan dengan saluran undang-undang.

Masyarakat sivil boleh memainkan peranan dengan menyatukan suara rakyat untuk mendesak kerajaan, kedutaan dan badan antarabangsa mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.
Melalui perhimpunan aman, memorandum, kempen dan penerangan kepada orang ramai, masyarakat boleh menyampaikan tuntutan yang jelas kepada pihak yang bertanggungjawab.
Sebagai contoh, dalam isu Rohingya, masyarakat sivil boleh mendesak Myanmar menghentikan penganiayaan, memulihkan hak kewarganegaraan Rohingya dan membenarkan pelarian kembali ke kampung halaman mereka dengan selamat.
MASIV mahu memastikan suara masyarakat tidak terhenti pada bantahan semata-mata, tetapi diterjemahkan kepada tuntutan yang boleh dibawa kepada pihak berkuasa.

MASIV tidak hanya bergantung kepada demonstrasi untuk menyampaikan sesuatu tuntutan.
MASIV turut merancang sesi penerangan undang-undang bersama peguam, forum bersama aktivis kemanusiaan, tayangan dokumentari serta kempen penerangan melalui media dan platform digital.
MASIV juga berhasrat mengadakan kerjasama dengan pertubuhan masyarakat, ahli akademik dan pengamal undang-undang untuk menyediakan memorandum serta menyampaikan tuntutan kepada pihak berkaitan.
Setiap program akan memberi tumpuan kepada masalah yang berlaku, tindakan yang perlu diambil dan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan tersebut.

MASIV ialah gerakan masyarakat sivil yang ditubuhkan untuk menyatukan rakyat dalam memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan antarabangsa.
MASIV bukan diwujudkan untuk menentang mana-mana kerajaan semata-mata, sebaliknya mahu memastikan kerajaan dan badan antarabangsa mengambil tindakan apabila berlaku peperangan, pembunuhan dan penindasan.
MASIV bersedia menyokong tindakan kerajaan yang membantu mangsa peperangan, dan pada masa yang sama akan menyuarakan bantahan sekiranya sesuatu tindakan membahayakan keselamatan masyarakat awam.
Keutamaan MASIV ialah memastikan suara rakyat sampai kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk menghentikan kekejaman dan membawa perubahan.

MASIV mengalu-alukan penyertaan masyarakat Malaysia yang mahu bersama-sama memperjuangkan keamanan dan membantu masyarakat yang menjadi mangsa peperangan serta penindasan.
Penyertaan terbuka kepada golongan profesional, mahasiswa, peguam, ahli akademik, aktivis, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam yang menyokong matlamat gerakan ini.
Masyarakat boleh membantu dengan menghadiri program, menyertai perhimpunan aman, menjadi sukarelawan, menyebarkan maklumat yang sahih dan menyokong kempen yang dianjurkan.
MASIV mahu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat supaya perjuangan kemanusiaan tidak hanya digerakkan oleh segelintir individu atau pertubuhan.

MASIV mahu membina satu gerakan masyarakat sivil Malaysia yang bersatu, tersusun dan mampu membawa tuntutan rakyat ke peringkat antarabangsa.
Dalam jangka panjang, MASIV berhasrat memperluas jaringan kerjasama dengan pertubuhan kemanusiaan, pengamal undang-undang, ahli akademik dan organisasi masyarakat di dalam serta luar negara.
MASIV juga mahu melahirkan masyarakat yang memahami isu antarabangsa, berani menyuarakan pendirian dan tahu menggunakan saluran yang betul untuk mendesak perubahan.
Melalui kekuatan masyarakat yang bersatu, MASIV berharap dapat membantu memastikan mangsa peperangan memperoleh perlindungan, pelarian dapat kembali ke negara asal dengan selamat dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kekejaman dibawa ke muka pengadilan.